Khasiat bawang putih
Bawang putih ternyata banyak khasiat untuk kesihatan. Ia mengandungi
sebatian sulfur yang boleh merangsang sistem imun semula jadi untuk
mengurangkan pertumbuhan tumor.
Khasiat lain termasuk mengubati demam, selesema, menyuburkan rambut, membersihkan jerawat dan menyembuhkan penyakit kulit.
Bagi mereka yang demam, ambil hirisan bawang putih dan campurkan dengan air panas selama beberapa minit sebelum diminum.
Untuk rambut subur pula, sapukan hirisan bawang putih di
bahagian rambut sekurangkurangnya sekali seminggu untuk mendapatkan
kesannya.
Selain itu, sapu hirisan bawang putih ke bahagian berjerawat untuk membersihkannya.
Antara kebaikan bawang putih
Mengurangkan Risiko Angin
Ahmar . Bawang putih mampu penghasilan oksida nitrik pada dinding
saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah
dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.
Mengurangkan
Risiko Kanser . Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih
mampu membantu mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan
risiko seseorang menghidap kanser.
Bertindak sebagai
Anti-bakteria dan Antivirus . Sejenis bahan iaitu allicin yang
terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan
antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat
baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
Mengandungi Iodin . Bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi yang baik untuk pesakit hypertiroid.
Miningkatkan
Sistem Imunisasi . Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang putih
sebanyak dua hingga tiga ulas sehari selama tiga minggu akan
meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.
Antiinflamasi
. Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi
yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi
pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.
Melindungi
Tanaman . Pernahkah anda terjumpa dengan hama tanaman yang berwarna
putih dan adakalanya berwarna hitam. hama ini sangat tidak suka pada
bawang putih. Tumbuk bawang putih hingga hancur dan bancurkan dengan
minyak mineral, air, dan sabun cair. Tuang ke dalam bekas pam dan pamkan
ke arah tanaman yang terlibat.
Membantu Sistem Pencernaan .
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan
membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.
Mengurangkan
Kolesterol Dalam Tubuh . Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih
membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan
seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.
Mengurangkan
Angin Dalam Tubuh/ Perut. Sekiranya anda mengalami kembung perut secara
tiba-tiba atau di tengah malam akibat daripada tersalah makan atau
perut masuk angin, anda boleh mencuba mengubati dengan mengambil dua
ulas bawang putih dan bakar. Setelah itu buang kulitnya dan makanlah
bawang putih tersebut. Insya Allah selang beberapa minit kemudian anda
akan dapati angin dalam perut anda akan berkurangan dan anda akan berasa
lega.
Menyuburkan Rambut. Bawang putih juga boleh mengatasi
masalah rambut gugur. Bawang putih mengandungi bahan allicin yang tinggi
merah, yang dipercayai efektif untuk mengatasi masalah rambut gugur.
Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dipotong pada kulit
kepala boleh juga ditambahkan dengan minyak kelapa untuk kesan yang
maksimum.
Membersihkan Jerawat . Bawang putih merupakan remedi
semulajdi untuk menyingkirkan kuman jerawat kerana ianya mengandung
antioksidan yang dapat membunuh bakteri. Gosokkan bawang putih yang
telah dibuang kulit dan dibelah pada jerawat di wajah perlahan-lahan dan
biarkan sehingga kering. Kemudian basuh wajah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar